December 27, 2010

Penyahmoralan


Perit untuk menghadapi kegagalan. Tak kiralah gagal sikit ke, gagal besar ke, gagal sederhana ke. Bukan tidak usaha. Bukan tidak membaca.

Apa lagi perlu dibuat bila usaha berkadar songsang dengan kejayaan?

nanti dulu.......
bagaimana usaha kamu?
bagaimana doa kamu?
bagaimana tawakal kamu?
bagaimana reda kamu?

Bila terungkai empat soalan ini barulah boleh menghembus nafas lega kerana semua perkara yang terjadi ada HIKMAHnya.

Teruskan usahamu wahai diri
InsyaAllah kejayaan menunggumu dihadapan

Pernahkah kau dengar kisah peninju?
Ya, PENINJU
seseorang bukanlah dianggap kalah sekiranya jatuh
seseorang tidaklah dianggap kalah sekiranya tumbang
namun, dia dianggap kalah sekiranya TIDAK BANGUN SEMULA!!!!

September 13, 2010

Ayuh, futsal !!



"Saya suka main futsal, hari-hari saya main futsal"

Sebab residen aku ni tak ada padang-berumput-hijau-seluas-mata-memandang maka terpaksalah aku menukar aktiviti sukan-dipetang-hari. Tak ada lagi ragbi, malah untuk jogging pun tak ada ruang. Yang ada hanya 3 buah court badminton. Nak main ragbi macam mana, takkan nak tackle orang atas simen kot.

Lalu terciptalah satu ungkapan, " buatlah apa sahaja petang-petang janji peluh kuar". Syafiq dengan penuh semangat kesukanannya bawa raket badminton sekali dengan shuttle. Tapi, mengikut pemerhatian aku selepas beberapa hari Syafiq bawa raketnya ke KIAM, tak ada pun yang berminat untuk main badminton. Tak lain tak bukan, futsal juga yang menjadi pilihan. Riuh-rendah jadinya court sebelah blok 5 KIAM bila budak-budak main futsal.

Dari pukul 5.30 petang sampailah azan maghrib, court tu akan meriah dengan kami yang bermain futsal. Peraturannya cuma menetapkan supaya sebarang aktiviti di court tersebut hendaklah dihentikan sejurus sebelum pukul 12.00 tengah malam. Kebiasaannya warga Mestech akan merasmikan futsal tu dulu, kemudian warga Mfi akan menyusul kemudian. Bila main waktu malam , kebiasaannya akan meleret-leret sampai pukul 12 lebih. Itupun kalau esoknya cuti, kalau tengah-tengah minggu, jarang yang main malam

Pesan mereka, yakni pengurusan KIAM ,"dah tengah malam dah ni brader, bawak-bawak berehat lah, nanti ada pulak yang tidur masa kuliah esok!"

p/s frasa terakhir ni aku je yang memandai pergi tambah.

August 17, 2010

Gadget terbaek-punyer..



"Cuba ko download gadget ni"
"Kenapa? best sangat ke?"
"Bak kata orang muda zaman sekarang, belum cuba belum tahu sudah cuba pasti mahu"
"Benda download-download ni yang payah sikit ni, internet dah lah laju macam siput"

Zek berjaya menyelitkan unsur-unsur saspens ketika memperkenalkan aku dengan gadget terbarunya. Lalu usaha beliau untuk mempengaruhi aku untuk turut menggunakan gadget tersebut membuahkan hasil apabila aku meng`copy` installer gadget itu dari laptop dia.

Hasil pengintegrasian gadget ini bersama program winamp akan membolehkan pengguna melihat/menikmati lirik ketika lagu dipasang. Akhirul kalam, aku memperkenalkan gadget terbaru yang bakal mewarnai suka-duka laptop usang ini, namanya Minilyrics!

p/s ayat macam promoter IT je

August 7, 2010

sem satu tahun satu



" suatu permulaan yang kurang memuaskan "

Subjek yang perlu ditelaah bagi semester satu ni berjumlah 5 subjek. 4 subjek `sekolah menengah` iaitu fizik, biology, kimia dan english, 1 subjek lagi arabic. allughatul alarabiah bak kata orang arab.

Exam pertama telah pun dihabisi dan hasilnya.............jeng jeng jeng. Tidak memuaskan!!. Yang paling tinggi pun hanya capai tahap `average` sahaja. Biology agak terkapai-kapai.

Harap-harap exam kedua aku tak `buat perangai` lagi. Maksod aku, bukan `harap-harap` tapi sangat berharap!

p/s belajar lagi dan lagi

Tranfer Degree Program (TDP)


"3 orang saja ke?"
"buat masa sekarang 3 orang saja, tapi ada lagi yang akan daftar"
"oh, macam tuh"

Alhamdulillah, perjalanan baru sahaja bermula selepas 7 bulan terhenti. Jumlah kesemua pelajar lelaki bagi program Tranfer Degree Program (TDP) di unikl adalah 8 orang. 3 orang bagi program perubatan dan 5 orang bagi program pergigian. Yang sepatutnya mendaftar adalah 36 bagi kedua-dua program, tapi yang mendaftar pada hari pertama hanyalah seramai 28 orang. Dalam masa seminggu dua lagi cukuplah bilangan 36 orang tuh.

Kalau tiada aral, InsyaAllah semua 36 orang dapatlah pergi jenguk negara arab nun-jauh-di sana tu. Tapi pointer mesti kena lepas punya, barulah Majlis Amanah Rakyat hantar pergi negara orang. 

Yang ambil `gigi`:
Suhayl - Zahin - Hatim - Fikhry - Syafiq

Yang ambil `ubat`:
Ikmal - Faizal - Habib

Ini bagi pelajar lelaki saja. Pelajar perempuan tak pasti pula siapa yang ambil `gigi` dan siapa yang ambil `ubat`.

p/s pelajar perempuan sila hantar statistik anda kepada headquaters sekarang juga. Harap maklum

July 5, 2010

lawak tengah malam...

tengok cerita mr bean la kat youtube....
dinggg..tetiba muncul idea untuk mengisi minit-minit terakhir sebelum aku light-off lampu bilik tidur...

tengok jam pukul 1.30 malam
layan la kejap...



hahahaha...lawak tahap benda entah mr bean nih..
kalau ikutkan komen-komen kat youtube pasal video nih memang semua viewers bagi 5 star rating kat video ni..rowan atkinson a.k.a mr bean ni sebenarnya orang england..trademark dia lawak fizikal (physical comedy)..x payah susah-susah buat skrip untuk cerita dia..cakap je nak lawak pasal ape rowan atkinson akan terjemahkan lawak tu dalam bentuk physical comedy..aku yang x puas hati sebab nak dengar jugak rowan atkinson ni bercakap tanpa membuang masa pegi search kat related video untuk cari video yang ada rowan atkinson bercakap..haha..lalu ketemu la dengan video interview rowan atkinson di channel bbc..



cara dia mengulas soalan semasa ditanya dalam interview tu x menggambarkan langsung bahawa dia ni comedian..haha..mungkin inilah yang orang selalu sebut sebagai `profesionalisme` kot..kalau aku tengok video interview kat bbc tu dahulu lepas tuh baru tengok video lawak dia memang terkejut beruk aku dibuat nya..dua watak yang berbeza..hurmmm

point to ponder this `morning` = masa main kita main, masa x boleh main kita
jangan main-main.....nampak x kaitan dengan video
tu??

p/s baca doa tidur...baca ayat qursi...zzzzzzzzz

July 4, 2010

up-to-date or update?

ni 1st post aq sejak 9 march...ingtkn saja nk maen2 lepas mirul kasik tau dia
ada try buat blog ( ini alkisah beberapa bulan yang lalu)...
aku pulak eager nak try buat blog gak...hahahaha..pastu terbengkalai..

equation blog terbengkalai :

malas + xde idea + lupe pasword = blog stuck

ok sambung cerita...
tetibe nak dijadikan cerita,pada 4/julai(today), afnan/nanz tanya address blog
ni..
segan bai nak kasik...hahaha..tak pe lah..member punya pasal..
jadi aku start memerah `keringat` balik nk cuba jugak publish satu post..
harap2 lepas ni aku ada mood nak teruskan lagi blog ni

p/s...hot-hot shit chicken...harap2 xlah

March 9, 2010

Ragbi lagi



jariku kaku....
fikiranku buntu...
lidahku kelu...
kakiku membatu...
mukaddimahnya belum ku temu...
tak tahu nak mulakan macam mana...
erhmm...

senang cerita aku mulakan dengan subjek kegemaran di waktu petang iaitu subjek ragbi. Tak payah susah-susah nak perah otak cari idea pasal ragbi sebab idea tersebut akan menerjah masuk dalam kepala aku sebab minat sangat dengan subjek ni. Pengenalan subjek ragbi dalam rutin seharian bermula sejak tingkatan satu bila masuk sekolah menengah. Tak lah serius sangat main ragbi masa tingkatan satu sebab senior-senior kurang beri perhatian untuk budak-budak baru. Tingkatan dua pindah sekolah lain.

"Jom turun padang petang ni main ragbi,"
"Boleh ke?"
"Kenape lak tak boleh,"

Segan juga nak turun training latihan petang tu. Baru beberapa hari kat sekolah baru ni. Tapi budaya sama saja dengan sekolah tahun lepas. Ramai student yang minat ragbi. Ada juga yang risau cedera la, patah la, semput la . Ikut sajalah budak-budak lain training. Akhirnya bermulalah `keterlibatan` dalam subjek ragbi. Coachnya ialah sensei Shafian a.k.a PK HEM a.k.a ketua warden. Aktiviti `lari dan terus lari` adalah pemula bicara untuk training hari pertama. haha....semput habis

Banyak istilah baru yang berkaitan dengan subjek ragbi ni aku belajar sikit-sikit. `forward`, `queus`, `prop`, `maul`, `scrum`, ruck` dan banyak lagi sampai kadang-kadang aku tahu sebut je, tak tahulah nak tulis macam mana. Orang sebut yang itu, itulah juga yang aku sebut. Betul ke tidak belakang cerita. Faham-faham sendirilah. Yang penting gembira masa main. Stamina kena ada kalau tak tertinggallah kat tengah-tengah padang. Lari, pass ball, dan tackle jadi asas training kami tiap-tiap petang.

Kejohanan ragbi sekolah berasrama penuh ( sbp`10) jadi target coach. Kejohanan ni melibatkan semua sekolah berasrama penuh kecuali sekolah yang x ada budak lelaki contohnya TKC dan STF. Coach akan pilih 15 orang je untuk masuk team yang akan pergi kejohanan ni. Jadi kami kena bersaing la supaya dapat pergi. Dah jadi impian players ragbi kat sekolah ni untuk dipilih masuk dalam team, yang tak terpilih akan diberi cuti dari turun training petang sebab coach nak fokus kat team yang akan pergi kejohanan. Sensei terpaksa buat macam tu sebab nanti tak ter`handle` ramai sangat players. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Semua players dah faham apa kriteria untuk dipilih. Salah satunya saiz. Sekolah ni tak ramai student yang saiznya boleh dibawa ke padang ragbi. Tak bermakna yang badan `kurang besar` tak boleh main. Cuma yang ada saiz akan diberi keutamaan...konfem-konfem aku lepasnya..itu belum lagi masuk bab `boleh main ke tak` dan stamina...hahaha..yang ni kena fikir dua tiga kali...

Pertama kali aku dapat masuk team pergi kejohanan ni masa aku tingkatan 3. Kalau ikutkan tradisi ramai budak-budak tingkatan 4 akan ramai dipilih, tapi terbalik pulak dengan tahun ni. Majoritinya budak-budak tingkatan 3, atau senang cerita batch aku. Mungkin sebab budak-budak tingkatan 4 tak ramai yang turun training petang-petang. Bulan 6/2007 berangkat la kami ke semenanjung. Dapat naik flight wooo!!...hahaha..tapi semua match kami kalah. Tak berpengalaman lagi kot masuk kejohanan. Takpelah, tahun depan kita main elok-elok.....usaha tangga kejayaan. Masa tahun 2008, team kami dapat la juga bawa balik piala. Walaupun sekadar piala `Shield` pun takpelah. Berbaloi juga penat kami training petang-petang...hahaha..

equation: kerjasama + rajin + disiplin + komitmen + (usaha^2)+ doa = sesuatu yang lebih baik

(sesuatu yang lebih baik)^2 = kejayaan

11 mac 2010

Apakah yang akan terjadi dengan nasib seorang manusia bernama AKU?

Dia berjaya mendapat apa yang diimpikannya selama ini.
Senyuman terukir dibibirnya, dia adalah antara manusia yang bertuah hari ini.
Kalau boleh dia ingin memberitahu satu dunia tentang apa yang telah dia dapat pada hari ini.
Ya, dia teramat bersyukur terhadap kurniaan ini.
Dia melompat kegirangan, inilah saat-saat yang dinanti-nantikan.
Ini hak dia selepas berhempas-pulas, bertungkus-lumus mengisi setiap detik dengan usaha.

Berhenti!!!!
Imaginasinya semata-mata.
Hakikatnya dia masih di atas katilnya.
Masih menunggu tibanya hari esok.
Kerana esok keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan!