March 9, 2010

Ragbi lagi



jariku kaku....
fikiranku buntu...
lidahku kelu...
kakiku membatu...
mukaddimahnya belum ku temu...
tak tahu nak mulakan macam mana...
erhmm...

senang cerita aku mulakan dengan subjek kegemaran di waktu petang iaitu subjek ragbi. Tak payah susah-susah nak perah otak cari idea pasal ragbi sebab idea tersebut akan menerjah masuk dalam kepala aku sebab minat sangat dengan subjek ni. Pengenalan subjek ragbi dalam rutin seharian bermula sejak tingkatan satu bila masuk sekolah menengah. Tak lah serius sangat main ragbi masa tingkatan satu sebab senior-senior kurang beri perhatian untuk budak-budak baru. Tingkatan dua pindah sekolah lain.

"Jom turun padang petang ni main ragbi,"
"Boleh ke?"
"Kenape lak tak boleh,"

Segan juga nak turun training latihan petang tu. Baru beberapa hari kat sekolah baru ni. Tapi budaya sama saja dengan sekolah tahun lepas. Ramai student yang minat ragbi. Ada juga yang risau cedera la, patah la, semput la . Ikut sajalah budak-budak lain training. Akhirnya bermulalah `keterlibatan` dalam subjek ragbi. Coachnya ialah sensei Shafian a.k.a PK HEM a.k.a ketua warden. Aktiviti `lari dan terus lari` adalah pemula bicara untuk training hari pertama. haha....semput habis

Banyak istilah baru yang berkaitan dengan subjek ragbi ni aku belajar sikit-sikit. `forward`, `queus`, `prop`, `maul`, `scrum`, ruck` dan banyak lagi sampai kadang-kadang aku tahu sebut je, tak tahulah nak tulis macam mana. Orang sebut yang itu, itulah juga yang aku sebut. Betul ke tidak belakang cerita. Faham-faham sendirilah. Yang penting gembira masa main. Stamina kena ada kalau tak tertinggallah kat tengah-tengah padang. Lari, pass ball, dan tackle jadi asas training kami tiap-tiap petang.

Kejohanan ragbi sekolah berasrama penuh ( sbp`10) jadi target coach. Kejohanan ni melibatkan semua sekolah berasrama penuh kecuali sekolah yang x ada budak lelaki contohnya TKC dan STF. Coach akan pilih 15 orang je untuk masuk team yang akan pergi kejohanan ni. Jadi kami kena bersaing la supaya dapat pergi. Dah jadi impian players ragbi kat sekolah ni untuk dipilih masuk dalam team, yang tak terpilih akan diberi cuti dari turun training petang sebab coach nak fokus kat team yang akan pergi kejohanan. Sensei terpaksa buat macam tu sebab nanti tak ter`handle` ramai sangat players. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Semua players dah faham apa kriteria untuk dipilih. Salah satunya saiz. Sekolah ni tak ramai student yang saiznya boleh dibawa ke padang ragbi. Tak bermakna yang badan `kurang besar` tak boleh main. Cuma yang ada saiz akan diberi keutamaan...konfem-konfem aku lepasnya..itu belum lagi masuk bab `boleh main ke tak` dan stamina...hahaha..yang ni kena fikir dua tiga kali...

Pertama kali aku dapat masuk team pergi kejohanan ni masa aku tingkatan 3. Kalau ikutkan tradisi ramai budak-budak tingkatan 4 akan ramai dipilih, tapi terbalik pulak dengan tahun ni. Majoritinya budak-budak tingkatan 3, atau senang cerita batch aku. Mungkin sebab budak-budak tingkatan 4 tak ramai yang turun training petang-petang. Bulan 6/2007 berangkat la kami ke semenanjung. Dapat naik flight wooo!!...hahaha..tapi semua match kami kalah. Tak berpengalaman lagi kot masuk kejohanan. Takpelah, tahun depan kita main elok-elok.....usaha tangga kejayaan. Masa tahun 2008, team kami dapat la juga bawa balik piala. Walaupun sekadar piala `Shield` pun takpelah. Berbaloi juga penat kami training petang-petang...hahaha..

equation: kerjasama + rajin + disiplin + komitmen + (usaha^2)+ doa = sesuatu yang lebih baik

(sesuatu yang lebih baik)^2 = kejayaan

11 mac 2010

Apakah yang akan terjadi dengan nasib seorang manusia bernama AKU?

Dia berjaya mendapat apa yang diimpikannya selama ini.
Senyuman terukir dibibirnya, dia adalah antara manusia yang bertuah hari ini.
Kalau boleh dia ingin memberitahu satu dunia tentang apa yang telah dia dapat pada hari ini.
Ya, dia teramat bersyukur terhadap kurniaan ini.
Dia melompat kegirangan, inilah saat-saat yang dinanti-nantikan.
Ini hak dia selepas berhempas-pulas, bertungkus-lumus mengisi setiap detik dengan usaha.

Berhenti!!!!
Imaginasinya semata-mata.
Hakikatnya dia masih di atas katilnya.
Masih menunggu tibanya hari esok.
Kerana esok keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan!