January 11, 2011

Bapak Polisi

Petang tadi, aku terpaksa naik bas mini untuk balik ke KIAM. Bas Mestech yang sepatutnya menghantar aku dan budak-budak lain untuk balik ke KIAM hanya akan sampai dalam pukul 4 setengah sedangkan masa tu baru pukul 3.15. Jenuh nak tunggu, lama tu.

Seperti biasa, aku menunggu bas mini di depan kedai hardware Nyan Fatt.
Bas sampai, aku naik, bayar tambang, dan duduk. Bas pun gerak seperti biasa, melalui jalan Reko, lalu hentian Kajang. Penumpang turun naik, silih berganti.

Selang 7 minit, bas mini lalu depan UKM, sampai dekat traffic light, belok kanan. Beberapa ratus meter dihadapan aku nampak land rover polis tengah buat roadblock. Dalam fikiran " apa kena pulak polis nih, ada banduan lari ke ape", dalam keadaan panas dan rimas petang tu, aku malas nak fikir panjang, biarlah polis buat kerja dia, aku bukan buat salah apa-apa.

Sampai giliran bas mini tu lalu depan polis, elok je polis tu suruh bas mini berhenti kat tepi. Seorang dari polis tu naik atas bas mini, suruh penumpang keluarkan IC. Aku dengan yakinnya mengeluarkan dompet. Tiba-tiba baru aku teringat, IC aku kat KIAM!. Kaget kejap!. Apa aku nak cakap kat polis nih?. Cek dompet, yang ada hanya lesen. Lesen pun lesen lah!.

bapak polisi : IC mane?
aku : IC tinggal kat hostel. ( sambil hulur lesen )
bapak polisi : Ni lesen nih. Saya nak IC. Lesen nih, stakat tunjuk kat JPJ boleh lah!
aku : ( diam, sambil senyum tawar )
Budak-budak lain dah gelak sakan kat aku. Apa boleh buat, reda je lah.
Nasib baik bapak polisi tu tak banyak soal. Dia tengok lesen tu, pastu bagi balik kat aku. Fuh, tahap pernafasan aku kembali kepada normal.

Sebenarnya, IC aku tuh adalah IC sementara. 2 minggu lepas aku pergi tukar IC. IC lama muka budak-budak. Gambar masa aku darjah 6. Dah banyak kali kena tegur masa buat urusan-urusan pejabat. IC sementara tu bersaiz separuh A4, takkan lah nak angkut ke hulu ke hilir.



Pengajaran hari ini : sila pastikan kad pengenalan sentiasa bersama anda!

January 6, 2011

Selamat Hari Jadi Apek!

Hari ini kami mendaftar untuk semester kedua TDP-JUST.
Hari ini juga hari jadi Apek a.k.a Azry Hafify.

Di bilik

Selepas selesai mengemas bilik kami, maka terjadi peristiwa yang cukup untuk membuatkan air liur masing-masing meleleh tanpa henti. Kek Apek dibawakan khas oleh Bro Awi yang tidak asing lagi bagi budak-budak yang duduk di KIAM.


Saat yang ditunggu-tunggukan kini menjelma, Fikhry awal-awal lagi dah booking bahagian dia. 3 minit berlalu dan aku mendapati bahawa buah ceri yang sepatutnya ada 3 biji kini dah tinggal 1 biji. Tidak syak lagi, ada Pirana yang dah terkam awal-awal buah ceri yang tidak bersalah itu.

FAST MOTION>>

Separuh kek dibaham oleh pembaham-pembaham terkemuka TDP-JUST, separuh lagi diserahkan kepada budak aras bawah.