August 7, 2010

Tranfer Degree Program (TDP)


"3 orang saja ke?"
"buat masa sekarang 3 orang saja, tapi ada lagi yang akan daftar"
"oh, macam tuh"

Alhamdulillah, perjalanan baru sahaja bermula selepas 7 bulan terhenti. Jumlah kesemua pelajar lelaki bagi program Tranfer Degree Program (TDP) di unikl adalah 8 orang. 3 orang bagi program perubatan dan 5 orang bagi program pergigian. Yang sepatutnya mendaftar adalah 36 bagi kedua-dua program, tapi yang mendaftar pada hari pertama hanyalah seramai 28 orang. Dalam masa seminggu dua lagi cukuplah bilangan 36 orang tuh.

Kalau tiada aral, InsyaAllah semua 36 orang dapatlah pergi jenguk negara arab nun-jauh-di sana tu. Tapi pointer mesti kena lepas punya, barulah Majlis Amanah Rakyat hantar pergi negara orang. 

Yang ambil `gigi`:
Suhayl - Zahin - Hatim - Fikhry - Syafiq

Yang ambil `ubat`:
Ikmal - Faizal - Habib

Ini bagi pelajar lelaki saja. Pelajar perempuan tak pasti pula siapa yang ambil `gigi` dan siapa yang ambil `ubat`.

p/s pelajar perempuan sila hantar statistik anda kepada headquaters sekarang juga. Harap maklum

No comments:

Post a Comment