February 6, 2011

aku mula mengenalimu

Dah sebulan aku kenal kau. Kadang-kadang apa yang kau katakan memang aku tak paham. Nama kau juga buat aku geleng kepala. Nenek moyang kau katanya berasal dari latin dan greek. Sedangkan aku seorang melayu. Dibesarkan di sebuah negara bernama, Malaysia. Terpendam hasrat di hati ingin kau aku kenali. Aku ingin mengenali saudara-mara kau. Biar tersimpul lidah menyebut, biar terlekat anak tekak tatkala ingin mengeja, biar juling mata melihat.



Kau akan ku ingati. Akan ku pahat suku-sakatmu dalam fikiran ku. Kerana ini satu kewajipan, bukan pilihan. Bukan bahan picisan yang boleh dilempar ke sana ke mari. Bukan juga logam karat yang harus dijauhi. Mahu atau tidak, suka atau benci, aku perlu menghafalmu. Sebarang dugaan akan ku sanggah. Aku memberi amaran kepada gangguan-gangguan di luar sana! Jangan biarkan diri anda menjadi sanggahan ku!

MODE : ANATOMY!

January 11, 2011

Bapak Polisi

Petang tadi, aku terpaksa naik bas mini untuk balik ke KIAM. Bas Mestech yang sepatutnya menghantar aku dan budak-budak lain untuk balik ke KIAM hanya akan sampai dalam pukul 4 setengah sedangkan masa tu baru pukul 3.15. Jenuh nak tunggu, lama tu.

Seperti biasa, aku menunggu bas mini di depan kedai hardware Nyan Fatt.
Bas sampai, aku naik, bayar tambang, dan duduk. Bas pun gerak seperti biasa, melalui jalan Reko, lalu hentian Kajang. Penumpang turun naik, silih berganti.

Selang 7 minit, bas mini lalu depan UKM, sampai dekat traffic light, belok kanan. Beberapa ratus meter dihadapan aku nampak land rover polis tengah buat roadblock. Dalam fikiran " apa kena pulak polis nih, ada banduan lari ke ape", dalam keadaan panas dan rimas petang tu, aku malas nak fikir panjang, biarlah polis buat kerja dia, aku bukan buat salah apa-apa.

Sampai giliran bas mini tu lalu depan polis, elok je polis tu suruh bas mini berhenti kat tepi. Seorang dari polis tu naik atas bas mini, suruh penumpang keluarkan IC. Aku dengan yakinnya mengeluarkan dompet. Tiba-tiba baru aku teringat, IC aku kat KIAM!. Kaget kejap!. Apa aku nak cakap kat polis nih?. Cek dompet, yang ada hanya lesen. Lesen pun lesen lah!.

bapak polisi : IC mane?
aku : IC tinggal kat hostel. ( sambil hulur lesen )
bapak polisi : Ni lesen nih. Saya nak IC. Lesen nih, stakat tunjuk kat JPJ boleh lah!
aku : ( diam, sambil senyum tawar )
Budak-budak lain dah gelak sakan kat aku. Apa boleh buat, reda je lah.
Nasib baik bapak polisi tu tak banyak soal. Dia tengok lesen tu, pastu bagi balik kat aku. Fuh, tahap pernafasan aku kembali kepada normal.

Sebenarnya, IC aku tuh adalah IC sementara. 2 minggu lepas aku pergi tukar IC. IC lama muka budak-budak. Gambar masa aku darjah 6. Dah banyak kali kena tegur masa buat urusan-urusan pejabat. IC sementara tu bersaiz separuh A4, takkan lah nak angkut ke hulu ke hilir.



Pengajaran hari ini : sila pastikan kad pengenalan sentiasa bersama anda!

January 6, 2011

Selamat Hari Jadi Apek!

Hari ini kami mendaftar untuk semester kedua TDP-JUST.
Hari ini juga hari jadi Apek a.k.a Azry Hafify.

Di bilik

Selepas selesai mengemas bilik kami, maka terjadi peristiwa yang cukup untuk membuatkan air liur masing-masing meleleh tanpa henti. Kek Apek dibawakan khas oleh Bro Awi yang tidak asing lagi bagi budak-budak yang duduk di KIAM.


Saat yang ditunggu-tunggukan kini menjelma, Fikhry awal-awal lagi dah booking bahagian dia. 3 minit berlalu dan aku mendapati bahawa buah ceri yang sepatutnya ada 3 biji kini dah tinggal 1 biji. Tidak syak lagi, ada Pirana yang dah terkam awal-awal buah ceri yang tidak bersalah itu.

FAST MOTION>>

Separuh kek dibaham oleh pembaham-pembaham terkemuka TDP-JUST, separuh lagi diserahkan kepada budak aras bawah.

December 27, 2010

Penyahmoralan


Perit untuk menghadapi kegagalan. Tak kiralah gagal sikit ke, gagal besar ke, gagal sederhana ke. Bukan tidak usaha. Bukan tidak membaca.

Apa lagi perlu dibuat bila usaha berkadar songsang dengan kejayaan?

nanti dulu.......
bagaimana usaha kamu?
bagaimana doa kamu?
bagaimana tawakal kamu?
bagaimana reda kamu?

Bila terungkai empat soalan ini barulah boleh menghembus nafas lega kerana semua perkara yang terjadi ada HIKMAHnya.

Teruskan usahamu wahai diri
InsyaAllah kejayaan menunggumu dihadapan

Pernahkah kau dengar kisah peninju?
Ya, PENINJU
seseorang bukanlah dianggap kalah sekiranya jatuh
seseorang tidaklah dianggap kalah sekiranya tumbang
namun, dia dianggap kalah sekiranya TIDAK BANGUN SEMULA!!!!

September 13, 2010

Ayuh, futsal !!



"Saya suka main futsal, hari-hari saya main futsal"

Sebab residen aku ni tak ada padang-berumput-hijau-seluas-mata-memandang maka terpaksalah aku menukar aktiviti sukan-dipetang-hari. Tak ada lagi ragbi, malah untuk jogging pun tak ada ruang. Yang ada hanya 3 buah court badminton. Nak main ragbi macam mana, takkan nak tackle orang atas simen kot.

Lalu terciptalah satu ungkapan, " buatlah apa sahaja petang-petang janji peluh kuar". Syafiq dengan penuh semangat kesukanannya bawa raket badminton sekali dengan shuttle. Tapi, mengikut pemerhatian aku selepas beberapa hari Syafiq bawa raketnya ke KIAM, tak ada pun yang berminat untuk main badminton. Tak lain tak bukan, futsal juga yang menjadi pilihan. Riuh-rendah jadinya court sebelah blok 5 KIAM bila budak-budak main futsal.

Dari pukul 5.30 petang sampailah azan maghrib, court tu akan meriah dengan kami yang bermain futsal. Peraturannya cuma menetapkan supaya sebarang aktiviti di court tersebut hendaklah dihentikan sejurus sebelum pukul 12.00 tengah malam. Kebiasaannya warga Mestech akan merasmikan futsal tu dulu, kemudian warga Mfi akan menyusul kemudian. Bila main waktu malam , kebiasaannya akan meleret-leret sampai pukul 12 lebih. Itupun kalau esoknya cuti, kalau tengah-tengah minggu, jarang yang main malam

Pesan mereka, yakni pengurusan KIAM ,"dah tengah malam dah ni brader, bawak-bawak berehat lah, nanti ada pulak yang tidur masa kuliah esok!"

p/s frasa terakhir ni aku je yang memandai pergi tambah.

August 17, 2010

Gadget terbaek-punyer..



"Cuba ko download gadget ni"
"Kenapa? best sangat ke?"
"Bak kata orang muda zaman sekarang, belum cuba belum tahu sudah cuba pasti mahu"
"Benda download-download ni yang payah sikit ni, internet dah lah laju macam siput"

Zek berjaya menyelitkan unsur-unsur saspens ketika memperkenalkan aku dengan gadget terbarunya. Lalu usaha beliau untuk mempengaruhi aku untuk turut menggunakan gadget tersebut membuahkan hasil apabila aku meng`copy` installer gadget itu dari laptop dia.

Hasil pengintegrasian gadget ini bersama program winamp akan membolehkan pengguna melihat/menikmati lirik ketika lagu dipasang. Akhirul kalam, aku memperkenalkan gadget terbaru yang bakal mewarnai suka-duka laptop usang ini, namanya Minilyrics!

p/s ayat macam promoter IT je

August 7, 2010

sem satu tahun satu



" suatu permulaan yang kurang memuaskan "

Subjek yang perlu ditelaah bagi semester satu ni berjumlah 5 subjek. 4 subjek `sekolah menengah` iaitu fizik, biology, kimia dan english, 1 subjek lagi arabic. allughatul alarabiah bak kata orang arab.

Exam pertama telah pun dihabisi dan hasilnya.............jeng jeng jeng. Tidak memuaskan!!. Yang paling tinggi pun hanya capai tahap `average` sahaja. Biology agak terkapai-kapai.

Harap-harap exam kedua aku tak `buat perangai` lagi. Maksod aku, bukan `harap-harap` tapi sangat berharap!

p/s belajar lagi dan lagi